Jenama ‘Tuuu…Dia Pak Tam’ Meriahkan Majlis Hari Raya

Banyak sejarah bakal tercipta pada 28 Syawal ini dalam Majlis Jamuan Hari Raya TV AlHijrah yang diadakan sempena memperkenalkan AlHijrah Big Studio (ABS) kepada lebih 1000 tetamu jemputan khas.

Selain status ABS sebagai spot Islami terkini di Cyberjaya, tetamu yang hadir berpeluang menikmati sajian hidangan disediakan jenama ‘Tuuu… Dia Pak Tam’. Jenama yang terkenal dengan tagline  ‘Tuuu… Dia’ kini bersama-sama ABS untuk melangkah ke spot bertaraf global. Selain menjadi penaja utama Majlis Jamuan Hari Raya TV AlHijrah, Kafe Pak Tam akan turut bakal beroperasi di ABS.

“Kami mahu melangkah bersama jenama ‘Tuuu… Dia Pak Tam’,” kata Ketua Pegawai Eskekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

ABS kata Izelan, akan menjadi tumpuan industri penyiaran tempatan dan perfileman serantau kerana studio tersebut bakal menerima tempahan padat sepanjang tahun. Malah, katanya, sejajar dengan matlamat menjadikan ABS destinasi ziarah pengunjung tempatan dan pelancong luar, kehadiran jenama ‘Tuuu… Dia Pak Tam’ pasti memeriahkan persekitaran ABS.

“Kami pilih ‘Tuu… Dia Pak Tam’ sebagai tanda niaga perkhidmatan makanan di ABS sebagai usaha mengantarabangsakan produk Islam,” kata Izelan.

Pak Tam terkenal dengan sajian Nasi Beriani, Mee Rebus, Roti Bakar dan Roti Benggali tradisional yang kini makin pupus di pasaran. Jom serbu ‘Tuuu…. Dia Pak Tam’ Kafe di Bandar Baru, Selayang dan R&R Tapah, R&R Ulu Bernam dan R&R Air Keroh. Kafe original anak Malaysia ini juga beroperasi di Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Putrajaya.

Sesiapa yang berhajat untuk mengadakan majlis dengan jenama ‘Tuu… Dia Pak Tam’ sila hubungi:

Telefon : 03 6138 8388

Website: https://www.paktam.com.my

FB: Tuuu Dia Pak Tam.

Source : AlHijrah News