Gangsa Olimpik Kulinari

Oleh Rodly Fadly

Kuala Lumpur: Biarpun tiada sambutan besar-besaran sebagaimana diterima wira Sukan Olimpik dan Paralimpik sebaliknya hanya ahli keluarga yang menanti, Muhammad Haziq Hazwan Ruslin, 23, keluar dari balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu, tersenyum puas.

Ini kerana impiannya untuk membawa pulang sebutir pingat bertaraf dunia dapat digapai apabila memenangi pingat gangsa pertandingan Olimpik Kulinari yang berlangsung di Erfurt, Jerman pada 23 hingga 25 Oktober lalu.

Haziq yang mempertaruhkan kepakaran dalam kategori ukiran buah-buahan dan sayuran melalui dua acara individu, Display dan Live, menduduki tempat ketiga kategori Display.

Walaupun sekadar gangsa, pelajar tahun tiga jurusan kulinari sebuah universiti tempatan itu tetap berpuas hati kerana pertandingan disertai bertaraf dunia, apatah lagi ini penyertaan pertamanya di kejohanan berkenaan.

“Kejohanan ini setaraf Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, cuma bezanya ia untuk bidang kulinari di mana disertai jaguh kulinari seluruh dunia.

Source : Harian Metro