Anak Malaysia, Wira Kulinari di Luxembourg – KLIA
Kuala Lumpur 30 NOV – Dunia kulinari merupakan satu bidang yang semakin berkembang dan mendapat perhatian khususnya anak muda dalam menjana pendapatan lumayan setanding kerjaya-kerjaya hebat lain.
Bidang yang dilihat mampu “pergi jauh” ini menjadi perhatian bukan sahaja di peringkat tempatan malahan ia dibawa sehingga kepentas dunia antarabangsa.
Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor melalui Setiausaha Politik kepada YAB. Dato’ Menteri Besar Selangor, YB. Tuan Haji Borhan memuji kejayaan dua anak muda membawa pulang pingat gangsa di Culinary World Cup 2018, Luxembourg yang berlangsung selama 4 hari bermula dari 24 sehingga 28 November 2018 lalu.
Kepulangan Chef Muhammad Yusoh dan Chef Muhammad Haziq Hazwan disambut meriah oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kakitangan Tuu Dia Paktam, rakan media dan lain-lain.
Pengasas Tuu Dia Paktam, Ruslin Ibrahim atau lebih dikenali senagai Pak Tam yang juga merupakan bapa kepada Chef Muhammad Haziq Hazwan melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangan anaknya.
“Mereka bawa rahsia jati diri, ketenangan dan idea yg begitu kreatif sehingga membuatkan anak Malaysia dipilih sebagai pemenang”
“Saya merayu kerajaan negeri Selangor memandang belia-belia yang berbakat besar ini untuk bertanding di pentas dunia” ulasnya Pak Tam ringkas.
Pensyarah, Chef Muhammad Yusoh menjadikan kemenangan ini sebagai pemangkin untuk dirinya melahirkan lebih ramai lagi belia muda yang berjaya pada masa akan datang.
“Cita-cita saya untuk melahirkan ramai lagi belia yang menjadikan seni kulinari ini terus berkembang sehingga ke peringkat antarabangsa” ulasnya ringkas.
Source : PPIM