Menu Utara Wajib Pekena di Restoran Tuu…Dia Pak Tam

Oleh Nurul Hani

Restoran Tuu Dia Pak Tam – dari namanya sahaja anda pasti boleh teka restoran ini terkenal dengan makanan apa. Semestinya makanan Utara!

Agak-agak restoran ini terkenal tak? Kalau dah ada sehingga 12 cawangan di serata negeri, semestinya ya! Restoran yang pada awalnya beroperasi secara kecil-kecilan ini kini sudah berjaya menempa nama sebagai restoran yang maju dan terkenal. Popular sejak tahun 1994, Restoran Tuu Dia Pak Tam masih relevan sehingga kini. Anda pasti tertanya-tanya apa yang membuatkan restoran ini begitu terkenal, bukan? Teruskan membaca ya!

Rojak Pasembor, Sesedap Pasembor di Penang!

Teringin pasembor yang rasanya seenak pasembor di Penang? Tak perlu susah-susah ke Penang, kerana di Selayang pun anda boleh jumpa!

Rojak pasembor di restoran ini merupakan antara menu utara yang terlaris. Agak-agak mengapa rojak pasembor di sini cukup digemari ramai?

Rata-rata pengunjung memuji rojak pasembor yang bukan sahaja enak malah asli resepinya ini. Bukan senang untuk jumpa kuah pasembor yang betul-betul sedap namun di sini, rasanya lebih kurang dengan kuah pasembor mamak!

Selain itu, cucur udangnya juga rangup di luar dan lembut di dalam. Antara pasembor yang disediakan di sini ialah Rojak Pasembor Biasa, Rojak Pasembor Sotong dan Rojak Pasembor Mee, wajib cuba!

Bihun Sup Utara, Setanding Bihun Sup Kedah!

Jika ke Kedah pula, hidangan ini sentiasa menjadi sebutan – bihun sup Utara! Tidak dinafikan dalam banyak-banyak bihun sup, bihun sup Utara merupakan antara yang tersedap.

Antara bihun sup yang boleh anda nikmati ialah bihun sup ayam dan bihun sup daging. Dua hidangan ini sentiasa dipesan ramai, memang laku keras!

Rata-rata pelanggan memuji daging lembu dan daging ayam yang cukup lembut. Supnya pula cukup berempah dan aromanya juga harum. Jika dimakan panas-panas, pasti lebih lazat!

Servis Restoran Terbaik & Kebersihan Terjamin

Kualiti sesebuah restoran itu tidak terletak semata-mata pada keenakan makannya mahupun harganya. Dua aspek ini semestinya dititikberatkan oleh pelanggan – servis dan kebersihan restoran.

Jangan risau! Jika anda baca ulasan di Internet, kebanyakan pelanggan meninggalkan komen yang positif-positif belaka.

Selain daripada menawarkan harga yang berpatutan, servis restoran dikatakan memang terbaik. Dari segi kebersihan pula, memang ‘tiptop’!

Banyak Lagi

Source : SAJI